Tuesday, May 20, 2008

untuk dikongsi....

Kisah CInta Suami ISTERI

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan
acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga
mereka
hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu
acara yang luar biasa
dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu
cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam
yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju
mengatakan
bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata
kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali
pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-
masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari
pasangan kita.
Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah
hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih
bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal dari pasangannya
yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka
sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak
mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan
mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan
senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ...
Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia
sukai
mengenai diri
isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata
isterinya mulai mengalir...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas
meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula
membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang
tidak mencatat
sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir
bahawa abang sudah
sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan
diri abang. Abang adalah
diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi
sayang. Tiada satupun
daripada peribadi abang yang sayang dapati
kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati isterinya... bahawa isterinya
menerima dirinya
seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis...

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk
dibandingkan dengan
orang
lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita
berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam
dunia ini dan sentiasa ada
yang perlu diperbaiki.. . wallahua'lam. ..

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita
dan menerima segala kelemahan kita, sudah
pastilah orang ini adalah
sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA
ALLAH."

No comments: