Wednesday, May 21, 2008

JALUR GEMILANG

Bendera Malaysia

JALUR GEMILANG.....
Bendera : Lambang Kedaulatan Negara


Menurut Ensaiklopedia Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, bendera
merupakan sebidang diperagakan sebagai tanda atau lambang kewujudan
sesuatu masyarakat, negara, angkatan tentera, pejabat atau pun individu.
Bendera juga dikenal sebagai panji-panji dan obor-obor. Biasanya, bendera
berbentuk empat segi bujur, mempunyai satu bahagian dinamakan tepi
bendera untuk diikat pada tiang.
Sungguhpun begitu, di zaman kerajaan purba, telah ada tamadun yang
menggunakan berbagai jenis simbol atau lambang bagi menunjukkan
kekuasaan atau kedaulatan sesuatu han atau pasukan. Pada zaman itu,
lambang-Iambang tersebut menggunakan simbol-simbol yang ada kaitan
dengan kepercayaan, perkara-perkara keramat atau benda-benda yang
dianggap suci oleh masyarakatnya pada masa itu. Simbol-simbol tersebut
dilukis di atas objek keras dan diletakkan di atas tiang. Sebagai contohnya,
kerajaan awal menggunakan empat jenis simbol bagi melambangkan
kedaulatan pemerintahannya dan salah satu simbol yang digunakan itu ialah
uri Raja yang memerintah pada masa itu. Manakala kapal dagang Mesir pula

mempunyai simbol tempuling atau ikan yang diukir atas yang mungkin ada
kaitan dengan asal usul pelabuhannya. Kerajaan Greek pula ikan simbolsimbol
seperti Sphninx atau pun Pegasus dan diikuti oleh kerajaan yang
menggunakan patong-patong Tuhan mereka sebagai simbol. Penggunaan
simbol seperti ini berterusan dan berleluasa di negara-negara lain di Eropah
seperti Bezantin, Latin dan lain-lain, sehingga bendera seperti yang ada
sekarang ini dicipta.




ASAL USUL.........


Bendera mula dicipta oleh Pengasas Dinasti Chou (1122 S.M.) China,
yang dikatakan kan bendera putih bersama-samanya sewaktu di istana atau
sewaktu mahu berangkat. Kebanyakan bendera kerajaan China berlatar
belakangkan burung berwarna harimau putih atau naga biru. Benderabendera
ini selalunya dibawa dengan 1 dipanggil rata dan dikibarkan pada
dinding-dinding kota. Bendera ini juga dipacak pada dinding-dinding kota yang
ditakluk untuk memberitahu kawasan itu dibawah taklukan seseorang raja.
Kejatuhan bendera bermakna kekalahan. Oleh yang demikian, bendera
lazimnya dipertanggungjawabkan dan dipegang oleh seorang jeneral/atau
ketua pasukan tentera/pahlawan dan tidak dipegang oleh raja itu sendiri.
Bagi kerajaan India purba pula, bendera merupakan satu simbol yang
amat penting dalam peperangan. Jatuhnya bendera, bermakna juga
tumpasnya seorang raja dalam an tersebut. Bendera kerajaan India purba
biasanya berbentuk segi tiga, berwarna merah terang atau hijau, dengan
simbol dan tepi kain bendera disulam dengan benang emas. Bendera
biasanya dibawa dengan rata ataupun gajah sewaktu keberangkatan seorang
raja.
Kebanyakkan bendera di zaman awal Islam berwarna hitam, putih dan
merah. Bendera bewarna hitam digunakan oleh Dinasti Abbasiyah (746 T.M.),
manakala Dinasti Umaiyah menggunakan bendera berwarna putih. Bendera
bewarna merah digunakan oleh Kumpulan Khawarij yang menentang

Muawiyah dan Saidina Ali. Bendera berlatarbelakangkan hijau mula
digunakan oleh Dinasti Fatimah dan terus berkembang sehingga diterima
umum sebagai lambing Islam.
Kerajaan Turki Ottoman pula menggunakan bulan sabit (anak bulan)
dan bintang sebagai lambang Islam pada benderanya. Simbol ini
kemudiannya digunakan oleh kebanyakan negara-negara Islam di dunia
seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Madagascar dan Pakistan.
Bendera-bendera bagi kerajaan di Asia Tenggara kebanyakkan
berlatarbelakangkan warna putih, kuning, hitam atau pun keemasan. Di
samping itu ia juga mempunyai lambang-lambang tertentu seperti gajah,
harimau dan lain-lain sehinggalah kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Selepas pengaruh Islam bertapak di Asia Tenggara, lambang-lambang
tersebut digantikan dengan objek lain yang lebih sesuai seperti bulan dan
bintang seperti yang terdapat di Bendera Malaysia.
Lahirnya Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Bendera Persekutuan Tanah Melayu mula digunakan dengan rasminya
pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan
khas mencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan untuk
mencipta bendera ini telah diiklankan melalui suratkhabar tempatan antaranya
The Malay Mail bertarikh 10 Ogos 1949. Sebanyak 373 ciptaan telah diterima
oleh pihak penganjur pertandingan. Bagi mengelolakan pertandingan dan
memilih rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu ini, satu
Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan pada bulan Mei 1948. Jawatankuasa ini
dianggotai oleh :
4
Pengerusi
Sir Alec Newboult (Chief Secretary)
Wakil Sultan
Dato' Abdul Malek bin Yusuf - Menteri Besar Negeri Sembilan
Dato' Mahmud bin Mat - Menteri Besar Pahang
Wakil Menteri-Menteri Besar
Dato' Onn bin Jaafar - Menteri Besar Johor
Wakil Majlis Perundangan Persekutuan
YM. Tunku Yacob Ibni Sultan Abdul Hamid
Encik Zainal Abidin bin Abbas
Wakil Negeri Selat
Mr. A.V. Aston (Resident Commissioner Penang)
Mr. H.H. Facer
Wakil Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Persekutuan
Mr. Young Shook Lin



Laporan Jawatankuasa ini telah dikemukakan kepada Majlis
Perundangan Persekutuan pada 15 November 1949. Dari jumlah 373 corak
bendera yang dipertandip.gkan, hanya tiga bendera telah dipilih. Tiga bendera
tersebut bersama 6 corak lagi yang te1ah disediakan berasingan telah
dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu untuk pemilihan.
Pada 19 April 1950, atas nasihat Majlis Perundangan Persekutuan
(Federal Legislative Council) dan atas persetujuan Raja-Raja Persekutuan
Tanah Melayu, bendera Malaysia yang ada sekarang ini telah dipilih sebagai
bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Pada asalnya, bulan sabit dan
bintang adalah berwarna putih, tetapi atas bantahan Sultan Kedah dan persetujuan
Raja-Raja yang lain, warna putih itu telah ditukarkan kepada warna
kuning bagi melambangkan warna DiRaja.




Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera itu telah dikibarkan di
Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran bendera
Persekutuan Tanah Melayu ini telah dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri
iaitu Sultan Selangor Serta wakil-wakil Sultan iaitu Haji Abdul Wahab bin
Abdul Aziz (Menteri Besar Perak), Dato' Mahmud bin Mat (Menteri Besar
Pahang), Dato' Onn bin Jaafar (Menteri.Besar Tohor), Encik Kamaruddin
(Menteri Besar Terengganu), Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri
Besar Kelantan), Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis),
Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah) dan Dato' Abdul Malek
bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan).
Pada 9.38 pagi, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan
oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya) bagi pihak
pembesar-pembesar negeri. Bermula dari saat yang bersejarah itulah,
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai benderanya sendiri yang menjadi
lambang kemegahan serta simbol sebuah negara yang mempunyai rakyat
yang bersatupadu.
Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki panjang dengan enam
jalur berwarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini
melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor,
Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu dan Pulau Pinang.
Warna merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara
Commonwealth. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai
agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu sementara warna kuning di bulan
dan bintang melambangkan warna DiRaja yang menandakan kedaulatan
sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam.
Perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang
pecah sebelas.

Pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Dalam penyelidikan yang dijalankan, Arkib Negara telah menemui
dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Encik Mohamed
bin Hamzah dihantar kepada 'Clerk of Councils' , The Council Chamber, Kuala
Lumpur, memajukan cadangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah
Melayu. Salinan lakaran Bendera Persekutuan Tanah Melayu juga telah
diperolehi dari koleksi fail Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh
Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam
surat di atas dan tandatangan pada lakaran bendera adalah sama.
Berdasarkan kepada penemuan ini, besar kemungkinan bahawa
pencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu itu ialah Allahyarham
Mohamed bin Hamzah.
Sumber : ANM, Fail federal Secretariat 402pt.2/48

Sumber : Fail JKR Johor
Jalur Gemilang Megah Dan Terbilang
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 bendera negara telah
diubahsuai dan dinamakan Bendera Malaysia. Empat belas jalur merah dan
putih menunjukkan empat belas buah negeri di Malaysia. Pengubahsuaian ini
dilakukan kerana Sabah dan Sarawak telah menganggotai Malaysia. Di
samping mempunyai empat belasjalur, bintangjuga mempunyai pecah empat
belas. Bagaimanapun tiada sebarang perubahan warna dan lambang.
Setelah berkibar megah sejak 50 tahun yang lalu, Bendera Malaysia
telah mencatatkan sejarah apabila ia diberi nama khas, Jalur Gemilang satu
nama yang amat sesuai untuk diabadikan oleh rakyat Malaysia. Pemilihan
Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Malaysia melalui
Mesyuarat Kabinet tahun 1997.
Perisytiharan nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan
pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Merdeka.



Lambang jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus,
hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang.
Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat
dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian,
kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih
melambangkan keluhuran dan keikhlasan, warna biru melambangkan
perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning
melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
"Sesungguhnya Penghayatan Ke atas Jalur Gemilang, Lambang
Kesamarataan, Perpaduan dan Kedaulatan Malaysia Menjadi Pemangkin
Kesempurnaan Cita-Cita Untuk Terus Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang"

No comments: