Wednesday, May 21, 2008

TIPS.. belajar sejarah.

TIPS.. belajar sejarah.

Bagi mereka yang merasakan matapelajaran sejarah susah sangat nak score di sini saya lampirkan beberapa tips untuk dikongsi bersama pelajar mengenai cara untuk memudahkan kita belajar sejarah di sekolah atau di mana sahaja pusat pengajian.

TIPS :

Bagaimana mengingat nama tokoh yang pelik-pelik.....??? Kebanyakan pelajar mempunyai masalah mengingat nama-nama tokoh terutamanya nama yang agak pelik. Contohnya seperti Socrates, Nebuchanezzar, Pericles, dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini dicadangkan pelajar menulis sebanyak mungkin nama tokoh tersebut diatas kertas Mungkin 20 hingga 40 kali. Cuba tulis dengan mengeja mengikut suku-suku kata. Contohnya Nebuchanezzar ----- dieja dan ditulis seperti berikut : Ne/ bu/ chan / ezzar ---------- Nebuchanezzar.

Fahami KONSEP penting.
Para pelajar juga perlu memahami konsep-konsep penting. Contohnya seperti konsep Sistem Pemerintahan, Demokrasi, Republik, Kerajaan, Revolusi, Tamadun, Imperialisme, Nationalisme, Sistem Pemerintahan, Sistem Feudal, Monarki, Anarki, Autokrasi dan sebagainya. Cuba dapatkan huraian tentang konsep-konsep tertentu dengan jelas kerana ia membantu anda memahami topik-topik tertentu dengan lebih mudah. Anda juga perlu memahami perbezaan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Contohnya perbezaan konsep Sistem Pemerintahan Demokrasi dengan Sistem Pemerintahan Feudal. Disarankan anda mendapatkan bantuan guru anda untuk memberikan penjelasan tentang konsep-konsep yang anda masih kabur.
Bersedia dengan soalan berbentuk stimulus.
Para pelajar diminta membiasakan diri dengan soalan berbentuk peta, pernyataan, petikan, carta,graf, gambarajah, puisi, gambar foto, ilustrasi, maklumat peristiwa, situasi, dialog, perbilangan jadual, senarai dan sebagainya. Pelajar yang telah membiasakan diri dengan bentuk soalan seperti ini semasa membuat ulangkaji akan lebih menguasai sesuatu tajuk dengan cepat dan cekap.
Membuat nota.
Pelajaran Sejarah tidak pernah membebankan pelajar dengan sesuatu yang terlalu mencabar hingga susah dicapai oleh kebanyakan pelajar. Apa yang penting, pelajar memahami sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri. Pelajar yang asyik membaca tetapi masih kabur dan tidak memahami topik yang dibaca perlu mengambil langkah berikut:
- membaca teks buku rujukan
- menggariskan fakta yang dianggap penting
- membaca sambil mencatat nota


Cara pertama memakan masa lebih-lebih lagi kalau buku rujukan terlalu tebal dan pelajar mungkin mengalami kesusahan untuk menghabiskannya. Oleh itu pelajar perlu bersedia sejak awal lagi.
Teknik kedua juga lebih berkesan asalkan pelajar tidak terlalu cenderung untuk menggaris sehingga semua perkataan di dalam teks turut digaris!
Cara ketiga paling berkesan kerana nota yang dibuat adalah ringkas dan dianggap penting. Cara ini menjimatkan masa dan tenaga kerana pelajar yang kurang memahami sesuatu maklumat penting akan membaca teks asal semasa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan.
Nota bolehlah dibuat dalam pelbagai bentuk antaranya dalam bentuk:
Bentuk Carta Alir, Peta Minda, Jadual Besar, Gambar-gambar Kartun, Akronim, Penggunaan Kata Kunci dan sebagainya bergantung kepada minat dan kesesuaian pelajar. Penting juga nota ini ditulis dalam buku yang mudah dibawa untuk memudahkan pelajar mengulangkaji dimana-mana (di Stesen Bus, kantin dsb). Untuk cara membuat peta minda yang berkesan sila pergi kelaman
Kecemerlangan Pelajar.

Ulang kaji soalan lalu.
Calon gemar menjawab soalan-soalan Sejarah yang lalu akan lebih bersedia, lebih yakin, lebih bersemangat dan meramal bentuk atau format soalan akan datang. Mengetahui contoh-contoh soalan tahun lepas sangat berguna kepada calon. Ia memberi gambaran bagaimana sesuatu soalan dikemukakan, bilangannya, taburannya dan kekerapan setiap topik disoal.
Ini diakui ramai guru-guru Sejarah kerana Lembaga Peperiksaan sendiri sering mengeluarkan laporan analisis jawapan calon-calon beberapa tahun lalu pada setiap tahun. Daripada analisis laporan tersebut para guru boleh mengetahui kelemahan yang dilakukan oleh setiap calon tahun lepas. Dengan cara inilah calon dapat membaiki kelemahan dan membaiki kelemahan tersebut semasa membuat ulangkaji.
Soalan ramalan.
Guna soalan ramalan bukan untuk meneka atau meramal soalan yang akan keluar. Soalan ramalan digunakan untuk membuat latihan dan menguji keupayaan calon sahaja. Jika soalan ramalan yang anda jawab itu keluar, anggaplah ia kebetulan atau sebagai bonus sahaja. Ini disebabkan soalan ramalan memang diragui ketepatannya. Jadi jangan terlalu percaya kepada soalan ramalan hingga tidak mahu mengulangkaji tajuk lain .

Meneka jawapan dalam peperiksaan.
Boleh, jika calon tidak pernah menduga atau calon benar-benar tidak tahu soalan dan mengganggu jawapan yang dikemukakan. Bagaimanapun anda harus meneka secara bijak iaitu dengan membuat pilihan yang anda pasti betul dan membuang pilihan yang sudah pasti salah. Kemudian pilih jawapan yang paling tepat sehaja daripada pilihan jawapan yang tinggal. Lebih baik meneka daripada tidak menjawab langsung!


Membuat latihan sendiri.
Selalulah mencuba membuat latihan sendiri atau secara berkumpulan di rumah semasa membuat ulang kaji untuk menilai kelemahan diri sendiri di samping membuat latihan atau ujian yang diberikan oleh guru Sejarah anda di kelas. Apa yang penting ialah para pelajar harus mencuba dan terus mencuba latihan yang dibuat sendiri tanpa perasaan jemu atau terpaksa! Akhirnya, ia akan menjadi satu kebiasaan belajar yang berkesan.
Kebiasaan menjawab sesuatu latihan akan menjadikan seseorang pelajar menjadi mahir dalam topik yang disoal atau dikemukakan. Jika pelajar mengamalkannya maka pelajar kurang menghadapi masalah dalam pelajaran tersebut. Ia bukan sahaja memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta sejarah bahkan sentiasa berusaha untuk menjawab soalan yang lebih mencabar.

Habiskan ulang kaji sebelum bulan Ogos.
Anda mesti menghabiskan ulang kaji topik-topik penting mata pelajaran Sejarah sebelum atau pada bulan Ogos untuk memudahkan anda membuat latihan pelajaran lain juga. Jadi, pelajar harus mengisi masa yang terluang untuk membuat ulang kaji. Ingat, calon perlu mengasah kemahiran sendiri dengan menjawab soalan peperiksaan yang banyak demi kejayaan dan kecemerlangan pencapaian semua mata pelajaran yang diambil dengan seimbang. Calon bukan berhadapan dengan kertas mata pelajaran Sejarah sahaja. Pelajaran lain juga perlu masa belajar yang seimbang.
Minat terhadap mata pelajaran Sejarah.
Minat merupakan pendorong kuat yang dapat menggalakkan ke arah kejayaan bagi merangsang calon untuk terus belajar. Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh membantu calon meminati pelajaran Sejarah. Antaranya anda perlu mengingati nama-nama tokoh (negarawan) sebagaimana anda mengingati nama-nama jaguh sukan negara dan bintang Filem (e.g kaitkan nama dengan Filem Star & Rock Star). Anda juga boleh memgembangkan aspek-aspek yang digemari atau disukai dalam kehidupan pelajar dengan mata pelajaran Sejarah. Sekiranya anda ingin menjadi seorang peguam, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk membolehkan anda mencapai cita-cita tersebut.
Seterusnya, untuk memperkembangkan minat terhadap pelajaran Sejarah, anda perlu meluangkan masa menonton filem-filem sejarah (cth: Peristiwa Bukit Kepong, Ghandi, dsb), dokumentari (cth: Jejak Rasul, Discovery, National Geographic) atau mengunjungi pameran bercorak sejarah dan membuat perkaitan pendidikan Sejarah dengan kehidupan pelajar. Contohnya bila anda melihat Piramid dalam filem The Mummy, anda dapat membayangkan fakta sejarah kehidupan masyarakat Mesir Purba dan membuat perbezaan dengan cara hidup masa kini. Begitu juga dengan melihat gambar bangunan Parlimen, anda boleh membuat interpretasi negara kita mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Dengan melawat Tugu Negara anda pernah mempelajari pahlawan kita yang terkorban kerana melawan komunis semasa darurat dan sebagainya. Ingat! peperiksaan di atas talian, online examinaton, exam, free exam, kertas soalan online, free, ujian terus dari internet, download soalan bank soalan bank
soalan percuma

Sesuatu subjek yang diminati lebih mudah diingati.
Minat boleh dibina dengan mencari serta memperkembangkan aspek yang digemari atau disukai.
Minat, kegemaran dan kemajuan saling dipadankan dengan cita-cita akan membantu kecemerlangan.
Minat membantu anda memaksa diri untuk berjaya !
Semoga Berjaya !!!

No comments: