Tuesday, May 20, 2008

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
2006-2010 (RMK-9)


* Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya

1.0 PIPP DAN WAWASAN 2020

1.1 Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri).
1.2 Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

2.0 PIPP DAN MISI NASIONAL

2.1 Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju.
2.2 Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:-
Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’
Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif
1
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’


3.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS

3.1 Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia.
3.2 Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut:-
• Akses kepada pendidikan
• Ekuiti dalam pendidikan
• Kualiti dalam pendidikan
• Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan
3.3 Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya:-
• Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
• Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
• Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.
• Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.
• Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
• Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa

2
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’


4.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: MELANGKAH KE HADAPAN

4.1 Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:-

• Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju
• Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan
• Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020
4.2 PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.
4.3 Pendekatan PIPP
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:-
Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan
• Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.

• Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.

• Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet.

3
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’


PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

• KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi).

• KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.
Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
ASAS PEMBANGUNAN
• Misi Nasional
• Dasar-dasar Pembangunan Negara
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Islam Hadhari
• Pelan Integriti Nasional

TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
• Akses
• Ekuiti
• Kualiti
• Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan

PENDEKATAN
• Kesamarataan Peluang
• Kecemerlangan Institusi Pendidikan
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
• Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan
• Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan
• Sistem Penyampaian Pendidikan
• Sistem Pemantauan dan Penilaian

TERAS STRATEGIK PIPP
• Membina Negara Bangsa
• Membangunkan Modal Insan
• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
• Merapatkan Jurang Pendidikan
• Memartabatkan Profesion Keguruan
• Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

MATLAMAT
Pendidikan Berkualiti Untuk Semua
Rajah 1 :
Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010
4
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
4.4 Teras Strategik PIPP
6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:-
JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP
Teras 1
Membina Negara Bangsa
Teras 2
Membangunkan Modal Insan
Teras 3
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4
Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5
Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

No comments: